Introduction

Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanya yang akan mencorakkannya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi. (Hadis riwayat Bukhari 1385)

Beliau adalah Puan Rahimah binti Mohamad Taib. Anak kelahiran Batu Pahat Johor ini dilahirkan pada 05 November 1969. Perkongsian hidupnya bersama Tuan Che Ku Abu Bakar Bin Che Ku Mahmod dikurniakan 5 orang cahaya mata. Hasrat beliau ingin melihat anak-anaknya membesar dengan baik dihadapan mata. Menerima didikan agama yang secukupnya, terjaga pemakanan dari segi halal dan berkhasiat.

Kecintaan yang mendalam terhadap bidang pengasuhan Islami kanak-kanak mendorong beliau untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak, tambahan pula pada waktu itu penubuhan Taska Non-muslim ibarat cendawan tumbuh sehingga membuatkan beliau terfikir akan keadaan anak-anak muslim yang kebanyakannya dihantar ke taska non- muslim dengan tujuan agar anak-anak mereka boleh berbahasa inggeris tetapi mengabaikan soal pemakanan dan asuhan yang akan menjadi darah daging dalam seluruh kehidupan awal kanak-kanak. Dari segi akhlak dan akademik. Dengan dorongan dan sokongan suami beliau meneruskan legasi di dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dengan menimba ilmu di dalam dan luar negara sebagai bekalan agar beliau dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak syurga ini. Perjalanan ini tidaklah mudah namun berkat kesungguhan dan ketabahan beliau kini berbangga kerana telah mempunyai dua institusi pusat asuhannya sendiri. Di pusat asuhan ini berbagai aktiviti dan modul kontemporari yang disusun mengikut peredaran zaman hasil pembelajaran dan perkongsian ilmu bersama-sama temannya.

Harapan beliau kanak-kanak bukan hanya perlu diterapkan dengan akademik semata-mata namun usia emas mereka perlu diisi dengan bekalan deen yang secukupnya supaya kanak-kanak ini membesar sebagai seorang muslim yang terbaik dari segi akhlak dan akademik.

Sejarah

Setiap sesuatu yang diperjuangkan mesti ada sebab dan tujuannya yang tersendiri, begitu juga dengan Puan Rahimah, beliau memanjat kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Allah kerana telah memilih beliau untuk terjun ke dalam dunia kanak-kanak ini yang pada satu masa dahulu tidak memandang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini sebagai sesuatu yang harus diperjuangkan.

Tetapi, Alhamdulillah pandangan masyarakat berubah dari hari ke hari dan telah diterima baik kerana ini adalah antara sebaik-baik tempat untuk menyumbang kepada masyarakat bagi meraih kejayaan bukan sahaja di dunia bahkan ia juga merupakan jariah menuju akhirat kerana Nabi SAW pernah bersabda; “sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain” dan menubuhkan Taska dan Tadika Salsabiiila merupakan salah satu usaha beliau dalam menyahut sabdaan Rasulullah.

Visi & Misi

Visi Kami

Menjadi Smart Partner Kepada Ibu Bapa Dalam Memupuk Nilai-Nilai Khalifah Allah Dalam Diri Anak-anak Melalui Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Misi Kami

Kami Adalah Pendidik | Mesra Kanak-Kanak | Kami Berkhidmat Dan Menyusun Aktiviti Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Mesra Adab, Akademik Dan Kemahiran Hidup | Kami Menyuburkan Nilai-Nilai Anak-Anak Solih-Muslih | Mesra Al-Quran Dan Sunnah Rasulullah-Selawat] Kami Berusaha Melahirkan Pemimpin Khalifah Masa Hadapan | Mesra Hasanah Dunia Dan Akhirat |

Safe, Secure & Cleanliness

SAFETY IS OUR UTMOST PRIORITY

Nothing is as precious as a child. In Salsabiila, we strive to make sure of our SalsabiilaKidz safety and security as well as providing a safe and nurturing environment

24-HOUR CCTV

We have 24-hour CCTV surveillance to keep track of everything that is going on around our facilities, that includes classroom, front door and down to the main gate.

EMERGENCY EXIT & LADDER

We can never be too careful when it comes to fire safety! In Salsabiila, we make sure to install the right safety facilities and educating our SalsabiilaKidz about fire safety.

AUTO GATE SYSTEM

We keep our gate closed at all time! We will remotely open the gate only for our Smart Partners, SalsabiilaKidz, our teachers and staff.

DIGITAL CHECK-IN & CHECK-OUT TRACKING

We are using our Little Lives System, our Smart Partners will automatically be notified (real time) whenever their children is checking in and out of Salsabiila. Any unauthorized individuals are strictly NOT allowed to enter Salsabiila without notice from the child’s parents.

DOUBLE LOCKED ENTRANCE DOOR

It is important to keep unwanted or suspicious individuals out! It is in our policy that no other individuals except our SalsabiilaKidz, Teachers, Staff and authorized personnel.

HYGIENE & CLEANLINESS

We strongly believe of the importance of children’s health and wellbeing. We are well equipped with water and air purifier, atomic sanitizer spray machine, twice daily sanitization and periodic major sanitization.

Make your children’s life special by enrolling them into our Academy

Taska

AGE: Infant-3 Years

Tadika

AGE: 4-6 Years